Prinsip Asas Grafik 1
Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu
Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu
diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak
dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk.
Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan :
- Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat
tulis
- Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan
kesesuaian dan mengelakkan pembaziran
- Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid,
filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau
pameran.(poster, lukisan)
PERANCANGAN
Perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif
yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk. Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi
menentukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran.Perlu tahu bentuk visual sama
ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau
pameran.(poster, lukisan). Aspek-aspek berikut akan juga perlu diberi perhatian
semasa membuat perancangan.
(a) Saiz
Saiz grafik ditentukan oleh jarak penonton dengan grafik, tempat grafik akan
diletakkan dan tujuan grafik berkenaan. Kesesuaian jarak pandangan mata
membolehkan grafik dilihat secara keseluruhan dan berfokus.
(b) Susunatur
Elemen-elemen untuk dimasukkan dalam grafik perlu memenuhi prinsip-prinsip asas
visual. Ini ialah supaya visual yang dihasilkan berkesan untuk digunakan dalam pengajaran.
(c) Rekabentuk
Beberapa elemen biasanya digabungkan dalam membuat sesuatu reka bentuk.
Elemen-elemen grafik antaranya, terdiri daripada garisan, warna, huruf, bentuk, ruang,
ilustrasi, jalinan dan rupa. Elemen-elemen yang digabungkan secara kreatif dapat
menghasilkan pengajaran yang berkesan.
No comments:
Post a Comment